Monday, November 21, 2011

Zaman Sekolah dulu-dulu..

salam....

mesti ramai yang teringin nak balik ke zaman sekolah dulu-dulu kan..sebab masa tu la masa yang paling best skali dalam hidup...tak ada tekanan, tak kena buat assignment yang berlambak macam sekarang ni...tak rasa stress pasal fyp...kena marah ngan cikgu pun tak rasa sakit hati sangat kalau nak bandingkan kena marah ngan lecturer...huhu~~ rindu sangat, rasa nak jadi kecik balik je..hehe

Kenapa tiba-tiba boleh kuar cerita pasal zaman sekolah ni..petang tadi, dalam lecture Muara Bakau, rasa mengantuk je dengar lecturer duk bercakap kat depan, ngan hujan lebat kat luar, tiba-tiba saya ngan shera kuar cerita pasal benda2 yang biasa kitorang makan/main/kumpul/beli masa kat sekolah...dulu masa kat sekolah, biasanya mak bagi duit sringgit, lau lebih sikit pun dua ringgit...ngan duit tu la duk beli jajan kat kedai depan sekolah...beli aiskrim malaysia, apollo coklat, sotong yang ada gula, super ring...haha~~ macam banyak je makan junk food masa kecik2..tapi sekarang bila nampak adik makan, marah plak kat dia sebab makan junk food..tak elok..padahal masa kecik dulu pun kita makan benda yang sama je..hehe~~

En. google punya gambar..hehe


ni la aiskrim malaysia...sape x kenal tak tau la nak cakap..hehe
gambar ni pun jasa En. Google..=)

lepas tu, time rehat mesti nak main tiang..lupa dh macamana nak main...main BINGO, XOXO...satu lagi, time tu takde PSP tapi kita ada ni..apa dah orang panggil...lupa,heee~~

apa ntah nama benda ni...
tapi budak laki ada bawak game ni pegi sekolah....hehe


banyak lagi la benda yang kita selalu main masa sekolah dulu kan? satu lagi, dulu saya suka kumpul pemadam...tak tahu la apa yang istimewa sangat ngan pemadam tu..hehe~~ pencil box asyik nak tukar yang baru je...tengok orang beli baru, yang bertingkat-tingkat mesti jeles...nak yang baru jugak...huhu


tapi masa tetap berlalu kan..yang muda jadi tua...rindu plak nak jumpa bff, Izzatul Fahimah, Yanie, Dieyl...miss you all so much <3...




p/s: Alhamdulillah,nampaknya Malaysia menang malam ni...terima kasih Harimau Malaya sebab bawak balik pingat emas..<3

Tuesday, October 4, 2011

INFINITE - PARADISE

salam...

yap...as for the title, infinite came out with new great song...~~Paradise~~
my new bias group from kpop...hehe
enjoy listening to their song ^^...<3

Wednesday, October 27, 2010

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN

- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KAWAN2 SAYA...GOOD LUCK FOR UR FINAL EXAM...<3<3

p/s: by Azrim ازريم Mukrim مكرم

Sunday, August 29, 2010

::bALiK kAmPuNg::

salam...

apa khabar..sihat ke semua? saje je nak tulis blog ari ni :) tak sabar rasanya nak balik rumah....waa..dah sebulan lebih kot tak balik....rindu kat ma,abah,nenek ngan atuk....tak lupa jugak kucing kesayangan...ah,dah lma x pegang n main2 ngan dia...kekeke

kucing kesayangan saya, MIU

kucing ni kitorang jaga dia dari dia kecik lagi...abang saya jumpa dia kat tepi tong sampah...masa tu bulu dia sangat kotor..abang saya kesian tengok dia,terus amik n bawak balik...lepas tu kitorang mandikan dia dengan syampu...hehe...bila dah bersih tu baru la nampak comel...melalut plak...hehe

ah,pasal balik kampung ni....semua orang dah kalut nak balik padahal cuti start 5 hb..dua minggu lagi sebelum raya menjelang...kawan-kawan serumah ada yang balik esok...huhu..tak aci betul...T_T saya kena tunggu sampai hari Jumaat baru boleh balik sebab hari khamis tu still ada kelas komunikasi...rasanya nanti kelas En. Farid hari Rabu ni mesti separuh kelas je yang datang...hehe..kesian En.Farid nak mengajar pun mesti xde mood kan...

dengar2 tiket dah habis...hehe...kepada sesiapa yang belum beli tiket balik raya tu cepat2 la pegi beli ye...nanti x balik beraya kat kampung la korang...hehe

okeh,tu je..hehe

wassalam..

Friday, August 27, 2010

Mandi Junub

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Wassalam.

ps: by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am-fb

Tuesday, August 10, 2010

Sorry (Dear Daddy) by F(X)

just wanna share this video..=)




ah,i hope i've never make my father cry because of me...huhu



ps: i'm sleepy right now but i can't sleep....arrggh!!!what should i do???

Saturday, April 24, 2010

Dunkin' Donuts

salam...

me,in holiday mood...hehe..sekarang ni saya tengah membesarkan badan kat umah....biasa la kan..bila cuti,kita duk kat umah and bila duk kat umah plak takde keje lain dah selain makan,tiduronline....ha,tu la kojo yang biasa budak2 macam saya ni wat kan...nak cari keje,malas...ish3,apo nak jadi ngan anak dara sorang ni kan..hehe..owh,kepada kawan2 saya yang tengah bertungkus-lumus menjawab exam tu,good luck la ye...i'll always pray for you...

duk bercerita pasal saya je,sampai lupa tajuk kat atas tu..hehe..sori2...petang tadi saya ngan sepupu decide nak pergi Metro Point...al-kisahnya nak beli manik,sebab sepupu saya tu nk jahit manik kat baju kurung dia tu....kitorang pegi dalam kul 5 lebih,camtu la...bila keluar nak naik kereta tu rasa macam baru keluar penjara..hehe..rasa baru nampak bumi ni macamana..hehe,ye la..dah 2,3 ari xkluar umah...duduk je dalam umah tu...

cari-cari kat Metro Point tu,xde la plak maniknya...saya dah cakap kat sepupu saya tu,kat tempat macam ni mana ada jual manik..xcaya...em,kitorang decide jalan-jalan je kat dalam tu..hah,tiba2 ternampak Dunkin' Donuts...wah,dh lama ni x makan donut yang sedap itu..hehe
nasib baik saya bawak duit lebih...cepat je saya masuk dalam kedai tu...apa lagi mula la pilih donut2 yang saya suka...masa tu rasa macam nak beli semua..hehe...gelojoh betul kan...biasa la,orang dah lama x makan makanan feveret dia...



fresh donuts great coffee...hehe..
sempat makan sandwich turkey toast kt cni ngn iced coffee..




dua dah abis makan,tinggal ni je..nak?hehe

em,lepas ni makan apa plak ye...owh,esok ada orang nak belanja saya makan kek secret recipe..hehe..tu pun dah lama x makan..nampaknya gemuk la saya lepas cuti 3 bulan ni...lepas ni kena jalankan operasi untuk diet..menjadi ke?hahaha...

ps: sape nak belanja saya makan pizza plak lepas ni?hehe